Sabtu.. 15/05/2010. Hari ini libur. Selalunya hari sabtu saya hanya melepak di rumah. Pagi bangun sekejap dan kemudian sambung tidur lagi. Kadang-kadang sampai jam 1 baru bangun lagi.... tapi hari ini Dato Jeneral dan Mak Datin ajak breakfast. Jam 9 saya dikejutkan deringan telefon.. mereka dalam perjalanan untuk menjemput saya dan akan sampai ke rumah di Petaling Garden dalam masa 15 minit. Bergegas saya bangun dan terus ke bilik air dan mandi. Begitu la 'penangan' bapak mertua.... tiada alasan untuk menolak pelawaan bersarapan pagi. Bersiap ala kadar dan seperti dijanjikan mereka sampai tidak lama kemudian. Hari ini bersarapan pagi bersama Dato Jeneral dan Mak Datin. Turut menyertai kami adik ipar saya Sham dan Mazwin serta anak buah Amalia dan Aman. Kami bersarapan di Raju Restaurant Jalan Gasing PJ bersebelahan dengan Sekolah La Salle, PJ. Pertama kali datang ke Kedai Raju ni walaupun hanya lebih kurang 1 km saja dari pejabat saya di Jln. Gasing. Begitu ramai pengunjung dan makananya pun boleh tahan.
Mengimbas kembali kehidupan di PJ ni, jauh berbeza dengan hidup di Tawau. Kehidupan di sini agak 'pantas'. Bagaimanapun saya cepat menyesuaikan diri di sini. Walaupun keluarga belum menyertai saya di sini namun tekanan ini dapat diserap secara perlahan-lahan. Saya jadi biasa dengan 'life' begini. Menguruskan diri sendiri dan menyesuaikan diri di tempat kerja yang jauh berbeza sama sekali semasa saya di Tawau.... Awalnya agak tertekan tetapi kini saya akur ini lah perjalanan hidup... sekejap kita berada di atas, di waktu lain kita berada dalam keadaan yang amat sukar. Syukur, saya cepat melepasi 'halangan-halangan' kerana berpindah ke tempat baru. Syukur juga pagi ini saya dihubungi oleh sahabat saya Mauming memaklumkan KWSP Tawau memenangi anugerah Pengurusan bagi Perkhidmatan Terbaik Cawangan Tahun 2009. Tahniah untuk semua anggota KWSP Tawau... Kemenangan ini begitu sempurna selepas semua kerja keras anggota sepanjang tahun 2009. Bagi saya 'kecacatan' anugerah ini kepada KWSP Tawau hanyalah kerana saya menjadi Pengurus Cawangan bagi tempoh Tahun 2009. Alangkah 'hebatnya' jika bukan saya yang menjadi Pengurus Cawangan. Mungkin agak sinis, cuma anggota di KWSP saja yang tahu isi hati saya. Tepuk dada, tanya selera. Tahniah untuk semua... Tahniah untuk saudara Mauming, Epah, Harun, Dayangku Salmah, Carol, Turina, Faizal, MJ, Mesah, Sali dan Kapten Sammang. Keep up the good work!!!!
Petaling Jaya, kini saya berada di 'dada' mu.......... KWSP Tawau hanya sejarah dan hidup perlu diteruskan 'whatever it take..whatever it price! ;-) Adios.